Rules scoring dalam teka skor

Kiraan Point Teka Skor

Berikut merupakan cara mengira points dalam Teka Skor Piala Malaysia 2014 BolasepakMalaysia.com

Anda akan menerima 2 point apabila anda memilih keputusan yang betul. Anda juga akan menerima 3 point apabila berjaya meneka jaringan yang sama dengan keputusan.

Sebagai contoh, jika anda meneka keputusan 2-2 untuk sesebuah perlawanan dan keputusan adalah 2-2, anda akan mendapat 5 point - 2 point untuk tekaan keputusan yang betul dan 3 lagi point untuk skor yang betul.

Jika anda meneka keputusan 1-1 untuk sesebuah perlawanan dan keputusan adalah 2-2, anda akan mendapat 2 point sahaja untuk tekaan keputusan yang betul, tetapi tiada point untuk tekaan jaringan .

Jika perlawanan adalah sehingga penalti, keputusan yang diambil adalah keputusan setelah tamat extra time. Contoh, jika keputusan adalah 2-2 selepas extra time tamat, perlawanan akan dikira sebagai seri dengan jaringan 2-2.