Penyokong T-Team Hampa Gagal Mendapatkan Tiket Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU: Lebih 2,000 penyokong T-Team hampa apabila gagal mendapatkan tiket menyaksikan separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. 

Difahamkan, 8,000 tiket yang dijual di lapan kaunter pada jam 9.15 pagi tadi habis dalam tempoh tidak sampai satu jam. 

Penyokong, Norfahana Wahad, 32, berkata dia bersama suami dan dua orang anak bertolak dari Kemaman seawal jam 6.30 pagi. Dia yang tinggal di Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman berkata sebaik tiba di pekarangan stadium, dia beratur untuk mendapatkan tiket perlawanan. 

"Saya sudah beratur hampir satu jam dalam keadaan panas dan bersesak, namun kecewa apabila dimaklumkan tiket sudah habis. 

"Harapan kami untuk menyaksikan perlawanan dan memberikan sokongan padu kepada T-Team tidak kesampaian. "Sekalipun kecewa, saya mendoakan supaya T-Team mampu memenangi perlawanan malam ini dan melangkah ke pentas akhir buat kali pertama," katanya ketika ditemui di sini. 

Bagi Zulkarnain Muhamad, 48, berkata dia mula beratur dalam barisan sejauh setengah kilometer dengan harapan dapat membeli tiket. Bagaimanapun, harapannya musnah apabila tiket habis sedangkan ribuan penyokong masih panjang beratur. 

"Sukar untuk saya percayai kerana dikatakan 8,000 keping tiket dijual, tapi tidak sampai satu jam sudah habis," katanya.


Comments

admin 69 points / 1 Nov / Like / Reply

Same macam kes selangor la ni. KEjap je tiket habis.

#2484754 42 points / 14 Mar / Like / Reply

At last! Someone with the insight to solve the prolbem!

#5827609 43 points / 14 Mar / Like / Reply

That's a smart answer to a difilcuft question.

News Tags