FMLLP Nafi Bantu PDRM

KERJASAMA Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menyangkal dakwaan pihaknya cuba singkirkan Pulau Pinang dari Liga Super dengan menyelamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila kelab itu bakal dihadiahkan tiga mata kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) menggunakan pemain digantung perlawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, tiada sebab untuk buat demikian kerana setiap 24 pasukan  bertanding dalam Liga Malaysia dilayan sama rata.
 
“Tiada layanan istimewa diberi kepada mana-mana pasukan kerana kami melihat 24 pasukan sama.

“Jika kami mahu bantu sekali pun, ia tetap tak akan boleh kerana bukan kuasa kami membuat keputusan, hanya Jawatankuasa Tatatertib FAM berkuasa buat demikian terhadap pasukan langgar peraturan tersebut,” katanya,

Rabu lalu, PDRM mengemukakan aduan rasmi kepada FAM mengenai status pemain JDT, Juan Martin Lucero diturunkan pada 16 Ogos lalu, di Stadium Larkin, sedangkan pemain itu mengutip tiga kad kuning dan perlu digantung.

JDT menang 4-0 tetapi jika bantahan PDRM diterima, JDT bakal dipotong tiga mata untuk diberi kepada PDRM, sekali gus Pulau Pinang tersingkir ke Liga Perdana selepas di pintas The Cops.

Ia menimbulkan rasa tidak puas hati penaung JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
 
Dakwa Tunku Ismail , pihak tertentu dalam FAM, ahli jawatankuasa dan lain-lain tidak suka Pulau Pinang diuruskan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Datuk Gary Nair.

Dakwanya, Gary musuh FAM kerana beliau membantah polisi Sultan Pahang sebagai Presiden FAM (sewaktu Sultan Pahang menjadi Presiden FAM).

Mengulas status kes itu, Kevin memberitahu sebaiknya ia diajukan kepada pihak berkenaan kerana itu bukan bidang kuasa mereka.

Source: http://90minit.com/fam/fmllp-nafi-bantu-pdrm

Comments

#9332049 38 points / 14 Mar / Like / Reply

That's the smart thkniing we could all benefit from.

News Tags