Medan Terakhir Untuk Kim Swee Cari Kesebelasan Utama

PETALING JAYA: Aksi persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea (PNG) di Stadium Shah Alam, 14 November ini merupakan peluang terakhir untuk Datuk Ong Kim Swee mencari kesebelasan utama sebelum menghadapi saingan Piala AFF Suzuki di Myanmar.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia itu berkata pertemuan dengan PNG itu menjadi peluang untuk menilai kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum menentang Kemboja pada aksi pembukaan Piala AFF pada 20 November ini.

Beliau berkata tidak semua pemain baharu akan diturunkan pada perlawanan persahabatan terakhir itu kerana mahu mengekalkan kesebelasan utama.

Persediaan selama 20 hari sebelum menentang PNG sudah mencukupi untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Piala AFF, katanya kepada pemberita pada sesi latihan hari pertama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, Selasa.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaysia telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Indonesia, Singapura dan Afghanistan.

Ditanya mengenai kontraknya bersama skuad kebangsaan yang tamat penghujung 2017, beliau menjelaskan fokusnya kini adalah membantu skuad kebangsaan meraih keputusan positif pada saingan Piala AFF nanti.

“Saya tidak memikirkan perkara ini di mana saya sudah dimaklumkan oleh pihak pengurusan mengenai kontrak saya yang tamat pada penghujung tahun depan.


 
“Apa yang berlaku selepas Kongres Tahunan FAM selepas ini terpulang kepada pihak pengurusan dan saya menerima segala keputusan dibuat mengikut saluran yang betul,” kata Kim Swee yang dilantik selaku pengendali baharu skuad kebangsaan pada September 2015.

Sesi pemilihan anggota exco baharu FAM bagi sesi 2017-2021 akan dijalankan serentak bersama dengan Kongres Tahunan ke-53 namun tarikh sebenar masih belum diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM.

Source: http://90minit.com/harimau-malaya/medan-terakhir-untuk-kim-swee-cari-kesebelasan-utama

Comments

#8196117 98 points / 1 Nov / Like / Reply

gua rasa malaysia takde can la aff ni. player sume takdop. Dah la nak panggil safee balik aku dengar. huah3.

#7519862 98 points / 1 Nov / Like / Reply

malingsial

#2475950 53 points / 14 Mar / Like / Reply

Yup, that'll do it. You have my apptceiarion.

#4359532 56 points / 14 Mar / Like / Reply

Brlinialce for free; your parents must be a sweetheart and a certified genius.

News Tags