Berjuang meningkatkan hak penyiaran televisyen – TMJ

BERJUANG meningkatkan hak penyiaran televisyen untuk setiap kelab sebagai satu keutamaan, setiap pasukan wajib mempunyai projek pembangunan belia dan mempertingkatkan lagi fasiliti bola sepak adalah tiga teras utama dalam mempertingkatkan bola sepak negara pada masa depan, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Kami tidak boleh membiarkan ego kami melangkaui perjalanan kami di Asia Tenggara. Kami tidak boleh berfikir bahawa kami arif segala-galanya kerana kita sememangnya tidak cukup arif.
“Kami tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai bola sepak dan itulah sebabnya mengapa saya berada di sini,” katanya ketika di World Football Summit di Madrid, Sepanyol yang dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, beliau tidak keberatan meletakkan dirinya di bawah untuk mempelajari sebanyak mungkin daripada orang yang berjaya.
“Dan mudah-mudahan saya dapat menyumbang pengetahuan ini untuk kelab dan bola sepak saya di Malaysia,” katanya.Perkara lain yang turut disentuh pada persidangan itu ialah mengenai hak penyiaran TV di negara ini.
Menurut beliau, hak penyiaran TV adalah satu masalah besar di negara ini sedangkan di negara di mana bola sepak begitu berjaya di Eropah, ia menjadi tulang belakang bagi sokongan kewangan untuk sesebuah kelab bola sepak.“
Sedangkan di Malaysia kami terpaksa bergantung hampir sepenuhnya kepada penajaan. Pembiayaan hak penyiaran yang kami terima tidak mencukupi kerana persatuan bola sepak kami memutuskan mengambil bahagian yang lebih untuk diri mereka sendiri dan bukan menyumbangkannya kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam negara ini,” katanya.
Tunku Ismail berkata, penyiaran televisyen seharusnya memberikan sokongan yang lebih kepada sukan tempatan.“Syarikat besar perlu berbelanja lebih untuk mempromosikan bola sepak di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.
Source: http://90minit.com/johor-dt/berjuang-meningkatkan-hak-penyiaran-televisyen-tmj

Comments
News Tags
News Feeds
Teka Skor
5 years ago
Penyokong T-Team Hampa Gagal Mendapatkan Tiket Piala Malaysia
5 years ago
Razip terima sebarang keputusan PBNP
5 years ago
Medan Terakhir Untuk Kim Swee Cari Kesebelasan Utama
5 years ago
Jodoh Qu Puteh, Kelantan berakhir
5 years ago
Cheng Hoe belum pasti hala tuju
5 years ago
FMLLP Nafi Bantu PDRM
5 years ago
Berjuang meningkatkan hak penyiaran televisyen – TMJ
5 years ago
Kedah Juara Piala Malaysia 2016
5 years ago
Selangor, Kedah, Piala Malaysia